loader image
Add more content here...

FAQs

MENGENAI GOPAY
GOPAY adalah sebuah platform menguntungkan yang membolehkan pengguna MEMBAYAR untuk lebih 100 jenis produk dari tambah nilai mudah alih ke bil utiliti, langganan perkhidmatan & banyak lagi melalui aplikasi mudah alih dan MENIKMATI KOMISYEN serta-merta bagi setiap transaksi. Ejen juga akan dapat menjana pendapatan sampingan melalui GOPAY dengan membuat bayaran untuk rakan-rakan, ahli keluarga, rakan sekerja, dan ahli dalam rangkaian mereka melalui akaun GOPAY. Kini, semua orang boleh MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN melalui GOPAY.
Anda akan mendapat komisyen setiap kali anda membayar bil melalui GOPAY. Untuk meningkatkan pendapatan anda, bayar bil untuk rakan-rakan & ahli keluarga anda melalui akaun GOPAY dan nikmati lebih banyak komisyen. Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai 500 atau lebih ahli komuniti, anda boleh mendaftar sebagai Rakan Kongsi Program GOPAY untuk membolehkan ahli komuniti anda membayar melalui aplikasi mudah alih, dan anda akan mendapat komisyen bagi setiap transaksi yang mereka buat. Ahli komuniti anda juga akan turut menikmati komisyen. Dengan GOPAY, semua orang mendapat ganjaran dengan membuat bayaran!
Langkah 1: Muat turun
Muat turun Aplikasi Mudah Alih GOPAY melalui Playstore atau AppleStore

Langkah 2: Daftar
Masukkan butiran anda dan daftarkan ke dalam sistem kami

Langkah 3: Tambah Nilai
Tambah nilai ke dalam dompet Digital GOPAY melalui perbankan dalam talian / kad kredit atau debit / e-dompet dan mula buat transaksi

Melalui aplikasi GOPAY, anda boleh membayar untuk:

  • Bil Utiliti
  • Tambah Nilai Mudah Alih
  • Tambah Nilai Antarabangsa
  • Mata Ganjaran Permainan
  • Langganan Perkhidmatan

Kami memperluaskan senarai perkhidmatan kami setiap bulan. Sila langgani buletin kami untuk maklumat terkini.

JADI EJEN GOPAY

Untuk menjadi ejen GOPAY, anda hanya perlu:

1. Sebuah telefon bimbit (android 4.1 dan seterusnya).
2. Muat turun aplikasi GOPAY & daftar akaun anda.
3. Tambah nilai dompet digital GOPAY melalui perbankan dalam talian (tambah nilai min RM150) atau bayaran luar talian (tambah nilai min RM50).
4. Mula buat transaksi dan nikmati rebat serta-merta

Ejen juga berpeluang menjana pendapatan sampingan melalui GOPAY dengan membuat bayaran untuk rakan-rakan, ahli keluarga, rakan sekerja, dan ahli dalam rangkaian mereka melalui akaun GOPAY. Kini, semua orang boleh MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN dengan GOPAY.

Anda boleh mendaftar sebagai Ejen GOPAY melalui langkah-langkah berikut:

  • Muat turun aplikasi mudah alih GOPAY melalui Play Store atau Apple Store.
  • Klik Daftar
  • Masukkan kod rujukan (jika ada)
  • Pilih organisasi kebajikan pilihan anda dan masukkan semua butiran yang diperlukan
  • Klik Pautan
  • Pengesahan yang dihantar ke alamat emel anda
  • Daftar masuk menggunakan nombor telefon mudah alih dan kata laluan yang diberikan: 1234
  • Tukar kata laluan selepas mendaftar masuk buat kali pertama
  • Salinan Kad Pengenalan bahagian depan dan belakang atau
  • Salinan Pasport

JADI RAKAN KONGSI PROGRAM GOPAY

Untuk menjadi Rakan Kongsi Program GOPAY, anda hanya perlu:

  • 500 atau lebih ahli komuniti
  • Ajak semua ahli komuniti anda untuk membuat bayaran melalui GOPAY.

Nikmati KOMISYEN daripada semua transaksi yang dibuat oleh ahli komuniti anda

Lebih Banyak Pengguna, Lebih Banyak Transaksi Dibuat, Lebih Banyak Ganjaran Anda!

  • Ahli komuniti anda hanya memerlukan telefon untuk MEMBAYAR bil utiliti & talian mudah alih, membeli mata ganjaran permainan, melanggan perkhidmatan dan banyak lagi.
  • Anda akan mendapat KOMISYEN bagi setiap transaksi yang dibuat oleh ahli komuniti anda.
  • Ahli komuniti anda juga akan MENIKMATI komisyen serta-merta.

Untuk menjadi Rakan Kongsi Program GOPAY, sila isi borang maklumat dan Pakar kami akan menghubungi anda.

PENDAFTARAN & PENGAKTIFAN AKAUN

Ya, anda perlu memilih. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menanggung sebarang kos kerana GOPAY akan mendermakan RM1 Sen kepada organisasi/NGO kebajikan pilihan anda daripada setiap transaksi yang anda buat. GOPAY ingin menyumbang semula kepada rakyat Malaysia.
Anda boleh menukar kata laluan yang telah ditetapkan dengan memilih ‘Tukar Kata Laluan’ di bar Menu dalam Aplikasi GOPAY.
Anda hanya boleh membuka 1 akaun GOPAY untuk 1 nombor telefon yang didaftarkan. Untuk membuka akaun lain, anda memerlukan nombor telefon lain untuk mandaftar.
Sila langgan buletin kami untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai produk dan pengenalan perkhidmatan baharu.

DOMPET DIGITAL GOPAY

Anda boleh menambah nilai Dompet Digital GOPAY dengan menekan ikon ‘Tambah Nilai Dompet’ di bahagian atas Skrin Halaman Utama Aplikasi GOPAY dan memilih antara:

  • Bayaran Dalam Talian: Anda boleh menambah nilai Dompet Digital GOPAY melalui pemindahan bank dalam talian. Anda hanya perlu memilih bank dan kami akan menghubungkan anda ke laman web bank tersebut. Apabila transaksi selesai, baki dompet GOPAY anda akan dikemas kini.
  • Bayaran Luar Talian: Anda juga boleh memasukkan deposit tunai ke dalam akaun bank anda. Hanya muat naik resit bank, masukkan nama anda dan nama bank di dalam Aplikasi GOPAY dan Dompet Digital GOPAY anda akan menerima dana tersebut selepas bayaran tersebut disahkan dalam masa 24 jam dari Isnin-Jumaat. Nombor-nombor akaun kami adalah seperti berikut:
    ·        Butiran Akaun: ATX Distribution Sdn.Bhd.
    ·        CIMB Bank: 8007-402-532
    ·        MAYBANK: 5123-3431-6176
Bayaran akan diproses dalam masa beberapa saat bergantung kepada jenis produk.
Komisyen akan terus dimasukkan ke dalam dompet GOPAY anda sebaik saja transaksi selesai diproses. Anda boleh memeriksa baki di ruangan ‘Laporan’.
Baki Dompet Digital GOPAY anda tidak akan tamat tempoh. Anda boleh menggunakan baki Dompet Digital GOPAY anda pada bila-bila masa untuk membeli produk-produk dalam aplikasi ini.

PENDAPATAN & KOMISYEN

Ya, anda akan menerima komisyen daripada semua transaksi yang dibuat melalui GOPAY. Jumlah komisyen bergantung kepada jenis produk.
Komisyen akan terus dimasukkan ke dalam dompet GOPAY anda sebaik saja transaksi selesai diproses. Anda boleh memeriksa baki di ruangan ‘Laporan’.

Anda boleh menjana sebanyak mana pendapatan yang anda mahu. Ianya mudah sekali, hanya buat sebanyak mungkin transaksi melalui Aplikasi Gopay dan gandakan komisyen anda. Anda juga boleh membayar bil untuk rakan-rakan & ahli keluarga melalui akaun GOPAY anda.

Lebih banyak transaksi dibuat oleh ahli komuniti anda melalui Aplikasi GOPAY, lebih banyak ganjaran akan anda terima. Sila pastikan anda memberitahu ahli komuniti anda untuk menggunakan kod rujukan yang dijana khas untuk anda semasa mereka mendaftar akaun GOPAY.

Soalan saya unik