loader image
Add more content here...

Ke arah masyarakat tanpa tunai

Bebas Hutang PTPTN dengan GOPAY

GOPAY PTPTN
Gaya hidup tanpa tunai atau pembayaran digital amat penting dalam ekonomi global hari ini. YouthsToday.com memilih untuk mengambil pendekatan yang berbeza daripada seminar yang membosankan, dengan menggalakkan peralihan kepada gaya hidup tanpa tunai dengan cara yang amat praktikal-melalui peraduan GOPAY untuk memberi ganjaran kepada pelajar yang dapat mengumpul jumlah transaksi paling tinggi untuk bil tambah nilai mudah alih dan utiliti.

Pemenangnya adalah seorang graduan berumur 24 tahun dari UTAR yang berjaya membuat 10,974 transaksi. Apa yang paling menarik, sebagai ganjaran, beliau dapat membuat bayaran penuh untuk pinjaman PTPTN. Ini bermakna kami telah membantu meringankan beban kewangan sebanyak RM33,709.19 untuk beliau!

SPCA Selangor Tingkatkan Simpanan Tunai Dengan GOPAY

SPCA Selangor
Bukan mudah untuk sesetengah orang memberi sumbangan walaupun dalam jumlah yang sedikit. Inilah sebabnya SPCA membantu mereka yang berniat baik untuk melakukannya dengan cara yang amat mudah – hanya dengan membayar bil melalui GOPAY.

Ini melibatkan 15,000 peserta dari seluruh Selangor, termasuk penderma. SPCA bukan sahaja mendapat manfaat daripada komisyen dengan Kod Rakan Kongsi, malah derma sebanyak 1 SEN juga akan disalurkan kepada SPCA untuk setiap transaksi. Ini mungkin dapat menyelamatkan lebih banyak haiwan terbiar!